Monday, November 15, 2010

Pengenalan

            Sebelum memasuki alam persekolahan ,kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Kanak-kanak telah biasa dengan cecair lain seperti susu, air, ubat, jus dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak sudah mengenali pelbagai jenis bekas seperti bekas air minuman, botol kaca, botol susu, baldi yang digunakan untuk mengisi cecair dalam kehidupan seharian. Pengalaman ini amat berguna apabila guru mengajar isipadu cecair.
            Kapasiti ( muatan ) bermaksud jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas. Bekas yang berlainan saiz dan bentuk mungkin mempunyai kapasiti yang sama. Kita mendapati kanak-kanak mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil manakala bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar. Ini adalah kerana murid-murid tidak mempunyai konsep tentang keabadian isipadu cecair.
             Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Lihat rajah berikut:


            Sebelum guru mengajar tentang konsep keabadian isipadu cecair, kita mesti mengajar murid tentang konsep isipadu cecair dengan memperkenalkan beberapa perkataan seperti sama banyak, lebih banyak atau lebih kurang.Guru boleh mengadakan aktiviti mengenal isipadu cecair melalui perbandingan dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz dan bentuk atau menggunakan bekas yang sama saiz dan bentuk.
            Untuk mengatasi masalah salah konsep antara murid-murid, guru harus merancang aktiviti yang berlainan supaya sesuai dengan murid yang berpencapaian rendah dan murid yang berpencapaian tinggi. Bagi murid yang berpencapaian rendah, aktiviti yang dirancangkan harus lebih terperinci dan setiap langkah memerlukan bimbingan daripada guru. Oleh itu, guru boleh menyediakan slaid power point sebagai bahan bantu mengajar. Guru boleh mengajar setiap langkah berdasarkan slaid power point supaya murid-murid mempunyai gambaran yang lebih jelas. 
           Bagi murid yang berpencapaian tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti yang berbentuk eksperimen. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Murid-murid boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.Selepas membuat eksperimen, murid-murid dapat membuat kesimpulan tanpa bimbingan guru. Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti permainan untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep tersebut.

No comments:

Post a Comment