Monday, November 15, 2010

Pengenalan

            Sebelum memasuki alam persekolahan ,kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Kanak-kanak telah biasa dengan cecair lain seperti susu, air, ubat, jus dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak sudah mengenali pelbagai jenis bekas seperti bekas air minuman, botol kaca, botol susu, baldi yang digunakan untuk mengisi cecair dalam kehidupan seharian. Pengalaman ini amat berguna apabila guru mengajar isipadu cecair.
            Kapasiti ( muatan ) bermaksud jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas. Bekas yang berlainan saiz dan bentuk mungkin mempunyai kapasiti yang sama. Kita mendapati kanak-kanak mudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan. Mereka menganggap bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil manakala bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar. Ini adalah kerana murid-murid tidak mempunyai konsep tentang keabadian isipadu cecair.
             Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Lihat rajah berikut:


            Sebelum guru mengajar tentang konsep keabadian isipadu cecair, kita mesti mengajar murid tentang konsep isipadu cecair dengan memperkenalkan beberapa perkataan seperti sama banyak, lebih banyak atau lebih kurang.Guru boleh mengadakan aktiviti mengenal isipadu cecair melalui perbandingan dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz dan bentuk atau menggunakan bekas yang sama saiz dan bentuk.
            Untuk mengatasi masalah salah konsep antara murid-murid, guru harus merancang aktiviti yang berlainan supaya sesuai dengan murid yang berpencapaian rendah dan murid yang berpencapaian tinggi. Bagi murid yang berpencapaian rendah, aktiviti yang dirancangkan harus lebih terperinci dan setiap langkah memerlukan bimbingan daripada guru. Oleh itu, guru boleh menyediakan slaid power point sebagai bahan bantu mengajar. Guru boleh mengajar setiap langkah berdasarkan slaid power point supaya murid-murid mempunyai gambaran yang lebih jelas. 
           Bagi murid yang berpencapaian tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti yang berbentuk eksperimen. Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Murid-murid boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah.Selepas membuat eksperimen, murid-murid dapat membuat kesimpulan tanpa bimbingan guru. Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti permainan untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep tersebut.

Video

Bahan Bantu Mengajar Yang Disediakan Untuk Murid Berprestasi Rendah

Bahan Bantu Mengajar Yang Disediakan Untuk Murid Berprestasi Tinggi

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Disediakan

       Persembahan slaid power point sesuai dijadikan bahan bantu mengajar. Guru boleh menerangkan setiap langkah pengajaran dengan slaid supaya murid-murid mempunyai gambaran yang lebih jelas. Slaid power point yang menarik juga dapat menarik perhatian murid-murid semasa belajar.
       Untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya murid tahun dua, guru harus menggunakan bekas plastik seperti bekas makanan dan minuman untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan berlaku terutama aktiviti yang melibatkan murid-murid.
       Bahan bantu mengajar yang disediakan di atas munasabah dicipta. Selain itu, bahan bantu mengajar itu berkaitan dengan kehidupan harian kerana murid-murid sudah mengenali beberapa jenis bekas itu daripada pengalaman harian. Bahan bantu mengajar itu juga sesuai digunakan oleh murid yang berlainan tahap. Tambahan pula, bahan itu mudah didapati dan boleh digunakan semula. Jadi kos penyediaan bahan adalah murah. Bahan itu boleh disediakan oleh dalam bilangan yang banyak apabila aktiviti kumpulan diadakan.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Murid Berprestasi Rendah

Objektif Pengajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengetahui bahawa isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk

Bahan bantu mengajar : Slaid power point, bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

Langkah-langkah :
1.  Guru membuka slaid power point yang telah disediakan.
2.  Guru memberi keterangan kepada murid-murid berdasarkan slaid.
3.  Selepas mempunyai gambaran yang jelas, guru menjalankan aktiviti dengan mewujudkan keadaan
     sebenar.
4.  Guru menyediakan tiga bekas cecair A,B dan C yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama.
5.  Guru menuangkan cecair berwarna yang sama banyak ke dalam ketiga-tiga bekas itu.
6.  Guru menegaskan bahawa ketiga-tiga bekas itu mempunyai isipadu cecair yang sama banyak.
7.  Guru juga menyediakan bekas A1,B1 dan C1 yang tidak sama saiz dan bentuk.
8.  Guru menyuruh murid pertama keluar untuk menuangkan cecair di dalam bekas A ke bekas A1, murid
      yang kedua menuangkan cecair di dalam bekas B ke bekas B1 dan murid yang ketiga pula menuangkan 
      cecair dari bekas C ke bekas C1.
9.  Guru meminta murid-murid memerhatikan paras cecair di dalam setiap bekas A1,B1 dan C1.
10.Guru membimbing murid membuat kesimpulan berikut :
      Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Murid Berprestasi Tinggi

Bahan bantu mengajar yang disediakan : bekas plastik yang berlainan saiz dan bentuk

Objektif pengajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengetahui bahawa cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza.

Langkah-langkah :
1.   Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan.
2.   Setiap kumpulan diberi dua bekas berlainan saiz yang telah diisi dengan cecair berwarna yang sama
       isipadunya.

3.   Guru meminta murid membandingkan paras cecair di dalam kedua-dua bekas.
4.   Murid-murid diminta memikir cara untuk memastikan isipadu kedua-dua bekas itu sama atau tidak.
5.   Setiap kumpulan menjalankan eksperimen dengan memilih bekas yang sesuai digunakan.
6.   Setiap kumpulan harus menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi ke dalam bekas yang sama
      saiz dan bentuk untuk menentukan isipadu cecair.
 
7.    Murid-murid dikehendaki memerhatikan isipadu cecair dengan membandingkan paras cecair di dalam
        bekas.

  
8.   Setiap kumpulan diminta membentangkan kesimpulan yang didapati.
      Isipadu cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza.
9.   Selepas itu, guru boleh mengadakan permainan "Meneka isipadu cecair".
10. Setiap kumpulan menyediakan dua bekas yang berlainan saiz dan bentuk yang dibawa dari rumah.
11. Setiap kumpulan boleh memilih sama ada mengisi kedua-dua bekas dengan isipadu yang sama atau
      tidak.
12. Kumpulan yang lain dikehendaki meneka sama ada kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama.
13. Guru meminta setiap kumpulan keluar untuk menunjukkan cara menentukan isipadu cecair.
14. Kumpulan yang dapat meneka dengan betul akan diberi stiker.
         

Penutup

         Pembelajaran isipadu cecair harus mula dengan bahan konkrit yang sebenar supaya murid-murid mempunyai gambaran yang lebih jelas. Hal ini penting untuk mengatasi masalah salah konsep yang akan mempengaruhi pembelajaran murid-murid pada masa depan. Selain itu, ia juga penting untuk guru merancangkan aktiviti yang berbeza untuk murid yang berlainan pencapaian supaya pembelajaran lebih berkesan.