Monday, November 15, 2010

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Murid Berprestasi Tinggi

Bahan bantu mengajar yang disediakan : bekas plastik yang berlainan saiz dan bentuk

Objektif pengajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengetahui bahawa cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza.

Langkah-langkah :
1.   Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan.
2.   Setiap kumpulan diberi dua bekas berlainan saiz yang telah diisi dengan cecair berwarna yang sama
       isipadunya.

3.   Guru meminta murid membandingkan paras cecair di dalam kedua-dua bekas.
4.   Murid-murid diminta memikir cara untuk memastikan isipadu kedua-dua bekas itu sama atau tidak.
5.   Setiap kumpulan menjalankan eksperimen dengan memilih bekas yang sesuai digunakan.
6.   Setiap kumpulan harus menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi ke dalam bekas yang sama
      saiz dan bentuk untuk menentukan isipadu cecair.
 
7.    Murid-murid dikehendaki memerhatikan isipadu cecair dengan membandingkan paras cecair di dalam
        bekas.

  
8.   Setiap kumpulan diminta membentangkan kesimpulan yang didapati.
      Isipadu cecair di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk adalah sama walaupun bekasnya berbeza.
9.   Selepas itu, guru boleh mengadakan permainan "Meneka isipadu cecair".
10. Setiap kumpulan menyediakan dua bekas yang berlainan saiz dan bentuk yang dibawa dari rumah.
11. Setiap kumpulan boleh memilih sama ada mengisi kedua-dua bekas dengan isipadu yang sama atau
      tidak.
12. Kumpulan yang lain dikehendaki meneka sama ada kedua-dua bekas mempunyai isipadu yang sama.
13. Guru meminta setiap kumpulan keluar untuk menunjukkan cara menentukan isipadu cecair.
14. Kumpulan yang dapat meneka dengan betul akan diberi stiker.
         

No comments:

Post a Comment