Monday, November 15, 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Murid Berprestasi Rendah

Objektif Pengajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mengetahui bahawa isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk

Bahan bantu mengajar : Slaid power point, bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

Langkah-langkah :
1.  Guru membuka slaid power point yang telah disediakan.
2.  Guru memberi keterangan kepada murid-murid berdasarkan slaid.
3.  Selepas mempunyai gambaran yang jelas, guru menjalankan aktiviti dengan mewujudkan keadaan
     sebenar.
4.  Guru menyediakan tiga bekas cecair A,B dan C yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama.
5.  Guru menuangkan cecair berwarna yang sama banyak ke dalam ketiga-tiga bekas itu.
6.  Guru menegaskan bahawa ketiga-tiga bekas itu mempunyai isipadu cecair yang sama banyak.
7.  Guru juga menyediakan bekas A1,B1 dan C1 yang tidak sama saiz dan bentuk.
8.  Guru menyuruh murid pertama keluar untuk menuangkan cecair di dalam bekas A ke bekas A1, murid
      yang kedua menuangkan cecair di dalam bekas B ke bekas B1 dan murid yang ketiga pula menuangkan 
      cecair dari bekas C ke bekas C1.
9.  Guru meminta murid-murid memerhatikan paras cecair di dalam setiap bekas A1,B1 dan C1.
10.Guru membimbing murid membuat kesimpulan berikut :
      Isipadu cecair adalah sama walaupun diisi di dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

No comments:

Post a Comment